Pada tahun bilakah penguatkuasaan Akta Kaunselor bermula?

Friday, November 7, 2008

Syarahan PErdana Profesor Dr. Rohany Nasir



Syarahan Perdana Profesor Dr. Rohany Nasir yang bertemakan Kaunseling Kerjaya : Anjakan daripada Konvensionalisme telah di adakan di bilik senat, bangunan canselori Universiti Kebangsaan Malaysia pada 7 hb November 2008 bermula jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi.

Naib Canselor UKM, telah memperkenalkan Prof. Dr. Rohany Nasir bagi syarahan perdana pada pagi itu. Ramai tetamu dan tokoh-tokoh dalam bidang akademik turut hadir bagi mengikuti siri syarahan perdana profesor.

Monday, October 13, 2008

Seminar Professional PERKAMA





Seminar Pembangunan professional kaunseling PERKAMA siri ke-3 yang bertemakan " Memartabatkan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling" telah berjaya dianjurkan di Dewan Kuliah Utama, Fakulti PErubatan dan Sains Kesihatan UPM, Serdang pada 11 oktober yan lalu, Di antara Pembentang kertas kerja adalah Prof Madya Dr. Sidek Noah (UPM), En. Abdul Aziz Yatim (UPSI), Majlis telah dihadiri sendiri oleh Y.bhg. Tan Sri Presiden PERKAMA dan AJK Eksekutif PERKAMA yang lain-lain.

Seramai hampoir 400 orang telah hadir pada seminar tersebut. Majlis juga mengadakan jamuan aidilfitri PERKAMA pada sebelah tengahhari dan berakhir sekitar jam 3 petang.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada semua ahli PERKAMA yang terlibat dalm menganjurkan majlis ini dan juga kepada para pelajar Uni Putra.

Tuesday, September 23, 2008


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, September 17, 2008

Book Review - Kaunseling & Psikoterapi: Teori, Teknik dan Amalan


Kaunseling & Psikoterapi: Teori, Teknik dan Amalan
Pengarang: Mohammed Sharif Mustaffa, Roslee Ahmad, Jamaludin Ramli
o 2007
o ISBN 983-52-0415-2
o 219 muka surat
o RM 40.00
o Penerbit UTM

Sinopsis

Profesion kaunseling kini mula diterima masyarakat Malaysia dengan sedikit adaptasi daripada teori-teori barat. Keperluan profesion kaunseling ini boleh dikesan merentasi pelbagai bidang seperti pekerjaan, keluarga dan perkahwinan, pemulihan dadah, persekolahan dan kerjaya, hospital, pemakanan, dan sebagainya. Buku ini cuba membincangkan teori-teori kaunseling asas seperti Teori Psikoanalisis, Teori Pemusatan Klien, Teori Gestalt, Teori Tingkah Laku Kognitif dan Teori Tingkah Laku.

Pengisian buku ini menekankan proses, kemahiran-kemahiran asas, kaedah aplikasi dan sumbangan teori dalam pembangunan masyarakat. Keistimewaan buku ini ialah menggunakan bahasa yang mudah dan sesuai dijadikan rujukan utama bagi kaunselor, guru, pelajar maktab dan universiti serta individu yang berminat mendalami bidang bimbingan dan kaunseling.

Saturday, September 13, 2008

APECA Bali Conference

It is my pleasure to inform you that the Association of Psychological and Educational Counsellors of Asia-Pasific will be holding its 17th
Biennial Conference-Workshop at Paradise Hotel, Denpasar, Bali Indonesia on Oct 7, 8, and 9, 2008.

The Theme of this conference, “Multicultural Psycho-hygiene and Counseling” is expected to give a breath of fresh air in this era of drastic challenges that produce changes in human beings involving unhealthy mental, emotional and social conditions.

History of APECA

HISTORY:
The Association of Psychological and Educational Counsellors of Asia-Pacific (APECA) is an organization of counsellors from the Asia-Pacific region who extend counselling services in different settings : schools, community, corporations and hospitals.

Members are professionally trained Educational and School Psychologists, Counseling and Clinical Psychologists, Industrial Psychologists, Guidance and Counsellors and Social Workers.

Established after the 1976 Manila Conference-Workshop of Counsellors from Asia, the Association has continued to conduct Conference-Workshops biennially in different parts of Asia to share resources and expertise and discuss the future of Counseling in the Asia-Pacific. On certain years, mid-year workshops had also been held.

The Association’s founding members are from India, Indonesia, Hongkong, Japan, Korea, Taiwan, Malaysia, Singapore and the Philipines. They were later joined by counsellors from Brunei, Thailand and Sri Lanka. Because of consistent presence, counsellors from Australia were then allowed to become members, hence, extending the originally Asia organization to the Pacific.

It is a marvel that from the initial meeting of about forty people in 1976, the Association has reached its 32nd year of existence with several Lifetime Members and Fellows.

Thursday, September 4, 2008

Bantu Pencegahan Semula


Masyarakat mesti bantu cegah penagihan semula -26/2/2000 Utusan
Oleh: DR. MAHMOOD NAZAR MOHAMED, DR. MD. SHUAIB CHE DIN dan MUHAMMAD DZAHIR KASA

ISTILAH penagihan semula atau relapse digunakan untuk memperihalkan keadaan seseorang penagih yang ketagih semula kepada dadah walaupun setelah ia menerima rawatan penagihan dari pusat-pusat pemulihan dadah.
Lazimnya, apabila penagih mengalami relapse, ia akan ketagih kepada dadah dengan keadaan yang lebih serius lagi. Ia boleh disamaertikan dengan seorang yang cuba berhenti merokok, tetapi akhirnya beliau kembali merokok dengan kadar lebih banyak lagi.
Masalah relapse ini adalah amat nyata sekali. Satu kajian yang diusahakan oleh penyelidik UUM baru-baru ini ke atas 2,416 orang penghuni serenti mendapati sebilangan signifikan menggunakan semula pada tiga bulan pertama setelah mereka keluar dari pusat-pusat pemulihan.
Jikalau ditinjau sebab-sebab bekas penagih menagih semula, kita akan dapati bahawa adalah agak sukar tugas dan beban untuk merawat dan memulihkan mereka hanya diletak di atas bahu Agensi Dadah Kebangsaan sahaja.
Sebaliknya ia haruslah diusahakan oleh segenap lapisan masyarakat.
Kita lihat kepada satu contoh. Seandainya satu epidemik penyakit berlaku dalam sesuatu negara, pihak kerajaan lazimnya akan menyediakan ubat-ubatan serta vaksin; mereka yang sakit pula akan dirawat supaya orang yang sihat tidak dijangkiti penyakit; anggota masyarakat juga sama-sama berusaha menghapuskan vektor yang menyebabkan merebaknya penyakit ini dengan membersihkan kawasan tempat tinggal; pelbagai kempen dilakukan oleh pihak NGO dan swasta agar semua pihak menjaga kebersihan; dan akhir sekali usaha semua pihak ini pula akan dikoordinasi oleh sesebuah agensi kerajaan supaya epidemik dapat dibendung.
Apa bezanya dengan masalah dadah? Kita anggaplah penagihan sebagai sejenis penyakit. Jikalau ia tidak dirawat, ia akan menjadi lebih teruk. Penagih akan menjadi bertambah ramai, curi-mencuri akan menjadi-jadi, anak-anak kecil melihat contoh-contoh yang tidak wajar, dan masyarakat akan terus hidup dalam suasana porak-peranda.
Kajian UUM mendapati bahawa faktor utama yang mendorong kepada penagihan semula di kalangan bekas penghuni Pusat Serenti ialah pengaruh rakan sebaya.
Sejumlah 39.7% penagih mengaku bahawa mereka menggunakan semula dadah kerana dipengaruhi oleh rakan-rakan.
Apabila ditinjau mengapa perkara ini belaku, sebilangan yang signifikan menjawab bahawa mereka tiada pilihan lain kecuali untuk kembali ke tempat tinggal yang sama.
Mereka masih terus disisih oleh keluarga dan masyarakat, dan dalam keadaan di mana mereka perlukan sokongan, hanya kawan-kawan lama sahaja yang menghulurkan bantuan.
Sehubungan dengan itu, dua sebab utama yang diakui oleh bekas penagih sendiri sebagai faktor yang membantu mereka untuk tidak menggunakan semula dadah ialah bantuan keluarga dan sokongan masyarakat. Sejumlah 26% daripada bekas penagih yang belum menagih semula mengatakan keluarga adalah faktor penting yang membantu mereka bebas dari dadah, dan 20% lagi mengatakan sebab dorongan agama dan masyarakat.
Seterusnya, jikalau ditinjau sebab kedua yang mendorong penagih yang telah dirawat untuk menagih semula ialah kurang sokongan moral (22.4%) dan dengan itu, mereka terpaksa tunduk semula kepada kekuatan dadah.
Apabila dikaji dengan lebih teliti lagi sebab disebaliknya, penagih mengatakan bahawa seandainya masyarakat sekeliling faham akan keadaan mereka yang sedang 'berperang' dengan perasaan rindu kepada dadah dengan memberi sokongan moral, ia mungkin tidak menyebabkan mereka merasa begitu tertekan dan terus mengaku kalah kepada dadah. Hujah ini disokong oleh 18.6% bekas penagih masih belum relapse, yang mengatakan bahawa sokongan moral daripada masyarakat sekeliling membantu untuk mendorong mereka menjauhi dadah.
Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa seandainya penagih yang sudah dirawat tidak disambut baik, tidak diterima dengan hati terbuka atau tidak diberi sokongan oleh keluarga sendiri, nyata sekali mereka ini sudah mula bergerak ke arah penagihan semula. Tambahan pula, jikalau mereka terus disisih, dicaci dan dikutuk oleh masyarakat setempat, mereka akan melihat usaha pemulihan yang diikuti selama ini sebagai sia-sia sahaja.
Jadi, di manakah tempat untuk mereka mencari perlindungan? Lazimnya, kawan-kawan lama yang memberikan perlindungan. Apabila bekas penagih bergaul semula dengan rakan-rakan yang masih menagih, mereka jarang sekali dapat bertahan lama dan akan terus relapse.
Dengan berlandaskan fakta ini, kita mungkin boleh mengkaji bagaimanakah anggota masyarakat dapat membantu bekas-bekas penagih untuk meneruskan kehidupan yang bebas dari dadah.
Pertama, stigma penagih dadah harus digugurkan. Janganlah melabel bekas penagih dengan merujuk kepada masalah lampau mereka (penagihan). Berikan mereka peluang untuk buktikan diri mereka.
Kedua, bertegur sapa dengan bekas penagih seperti juga kita melayan rakan-rakan kita yang lain. Ini akan bantu meningkatkan harga diri bekas penagih di samping memupuk keyakinan diri bahawa mereka boleh menjauhi dadah dan menjadi anggota masyarakat yang baik.
Ketiga, kita layan bekas penagih seperti salah seorang anggota masyarakat yang bertanggungjawab. Ini akan memberi tekanan positif kepada "bekas penagih" untuk terus membuktikan bahawa mereka boleh menjadi anggota masyarakat yang produktif.
Keempat, kita boleh berikan sokongan dengan menerima mereka sebagai pekerja. Bekas penagih yang sibuk dengan pekerjaan sudah tidak banyak masa untuk memikirkan tentang dadah, ataupun perasaan rindu terhadap bahan berkenaan.
Kelima, kita libatkan diri dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan khidmat nasihat atau kaunseling dengan penagih dadah. Aktiviti sukarela seperti ini akan membuat kita lebih faham tentang betapa sukarnya untuk melawan pengaruh dadah, dan dengan itu akan menjadi lebih peka dengan masalah mereka.
Penglibatan seperti yang digariskan di atas boleh membantu bekas penagih dengan beberapa cara, iaitu memberi peluang kepada mereka untuk membuktikan perubahan yang dialami, dan membantu mereka mengurangkan beban sampingan supaya usaha boleh terus ditumpukan ke arah pemulihan berpanjangan. Ingatlah bahawa usaha yang dilakukan oleh bekas-bekas penagih untuk menjauhi dadah ini adalah amat sukar dan amat mencabar. Segala bantuan harus dihulur bagi membantu menjayakan usaha ini.
Penulis-penulis ini adalah pensyarah Universiti Utara Malaysia, dan UMS

Wednesday, September 3, 2008


Pixel Code Graphics

Muhd. Iqbal Abd. Moeis

Muhd. Iqbal Abd. Moeis
My beloved son...

My family

My family
Convocation Ceremony UKM 2006

MY BELOVED FAMILY

MY BELOVED FAMILY

The Father Of Psychology and Counseling at PECiPTA, KLCC

The Father Of Psychology and Counseling at PECiPTA, KLCC
Prof. Emeritus Dato' Halim Othman with Mr. Halim (PERKAMA) and Prof. Tajuddin (UTM)

Dato' Halim Othman

Dato\
Professor Emeritus Speech in UKM

Bapak Prof Prayitno and Dato' Halim

Bapak Prof Prayitno and Dato\

PERKAMA ROundtable - 19th May

PERKAMA ROundtable - 19th May

Roundtable Discussion-19 Mei 2008

Roundtable Discussion-19 Mei 2008
PERKAMA Roundtable Discussion - chaired by Prof. Dato' Halim Othman

DR. FATIMAH (USA) AT MY HOUSE

DR. FATIMAH (USA) AT MY HOUSE

PM Dr. Fatimah Yusoof

PM Dr. Fatimah Yusoof
Bengkel Kaunseling - UKM

Omardin, Dato' Halim, Ferlis and ME

Omardin, Dato\

Seminar Psikologi Kaunseling

Seminar Psikologi Kaunseling
JPA Seminar - PERKAMa Booth

The official opening of the UKPK at UKM

The official opening of the UKPK at UKM
Dato' Halim, Prof. Rohany, Dean Of FSSK, and Prof Yahya

Asian Assoc. Of Social Psychology Conference

Asian Assoc. Of Social Psychology Conference
Dato' Halim with Dr. Balan and Dr. Yamamoto

Snap Shots

Get Free Shots from Snap.com